Saturday, November 28, 2009

PS I LOVE YOU

Hari ni marathon tengok movie dalam lap top adik. One of the movies is PS I Love You. Memang touched habis tengok cerita nih. How you are so in love with someone till the end of his life. Yang mana kau dah tak boleh nak ada rasa terhadap lelaki lain dah.

Eh, tapi rugilah cam tu eh? Haha. Ok. Aku sengal.

Well, thank God aku belum lagi jumpa lelaki yang boleh buat aku ingat dia sampai tak boleh let go. Cuma prinsip aku, aku tak nak tambah musuh. So if perangai dia memang tak boleh blah, aku akan stop any connection with him without any hatred, dendam or whatsoever. Dan kalau aku rasa aku dah takde perasaan but we can still be friends, aku akan still boleh hai hai bye bye dengan dia.. provided dia boleh borak sempoi dengan akulah.. boleh buat aku ketawa. Coz I really need to laugh my heart out all the time ok. If not, I'll become the most depressed person you have ever met.

And that explains why I love to watch Awan Dania. I don't need company to make me laugh at the whole scenes. Scha rocks!!

Laterlah sambung. Laparrrr.

Friday, November 27, 2009

Raya Haji 2009

Pagi ni supposed aku bertolak dari Seri Kembangan jam 6.15 pagi. Itu plan asallah. Baik punya plan. End up bertolak jam 7.30 pagi sebab pukul 6.30 pagi baru aku terjaga dari tidur. Ni mesti gara-gara layan cerita 100 hari jadi nih... Haih.

Anyway, jalan adalah sangat clear. Aku suka sangat. Speed 120-130km/j dari awal hingga akhir kecuali masa sampai pekan Raub, terpaksa mengekor belakang kereta kancil yang dipandu 30km/j (or mungkin kurang) oleh seorang atuk. Aku syak dia rabun kot. Tu pandu slow je. So aku bersabar je lah ikut je perlahan-lahan hinggakan perjalanan 5 minit jadi 20 minit. Serius. Tapi mood adalah sangat terbaik, jadi aku redha *pegang tasbih*.

Sampai je rumah, hanya kaum perempuan menyambut kepulanganku. The boys semua pi solat raya. Mak telah memaksa aku melantak mee bandung (terbaikkkk) dan bihun sup yang dah siap terhidang. Sebagai anak yang taat, aku menurut je tanpa membantah. Hee=p.

Memandangkan dah tak pagi raya sangat, maka sesi bergambar adalah dibuat secara random. Gambar abah aku tak terambil sebab balik je solat raya abah dah sibuk tukar baju nak pi sembelih lembu. Yang lain pula sibuk nak siap pi rumah opah.

Kat rumah opah, makan nasi ayam. Aku makan tanpa memikirkan kesan yang bakal aku peroleh di kemudian hari. Takpe. Nak menyesal, nyesal kendian nanti. Now, makan jerrrr.

Aku akhiri entri ni dengan gambar-gambar hepi di pagi raya. Sekian.














Thursday, November 26, 2009

Makan dan Gembira

Hari ini bakal PM ke 8 (waHHH) telah belanja makan KFC, Pizza Dominos (spelling?), kek, nescafe berperisa oren, karamel sedap daripada Puan L dan macam-macam lagi di sudut warisan. Terasa sungguh happy sehingga aku makan tak sedar diri. Sesungguhnya aku memang bijak menggunakan peluang untuk menambah berat badan.

Tapi semalam hosmet aku kata aku makin kurus. Apakah? Apakah itu tandanya aku tengah merana? Haha! Mungkin tidakkkkk. =p

Menantu bakal Kay Es En pula kata aku semakin emm.. ok. tak tergamak nak sebut. Bikin diri sendiri mahu muntah. Haha. Tapi thanks la ya. Jika diabaikan persoalan sejauh mana keikhlasan ko mengungkapkan pujian itu, percayalah bahawa aku menerima pujian ko tuh dengan rasa penuh *vain* ^_^. Alhamdulillah... Itulah berkat wuduq yang sempurna...

Ok. Sila terbelahak. Ngeee=p.

On other note, hati aku memang rasa happy sangat sekarang nih. Mungkin sebab esok nak jumpa parents kot and my siblings of course =p.

ps: Hari ini semuanya tentang HAPPY. :)

Boleh Jadi Kamu

Adik sepupu has just posted this.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH SWT mengetahui sedangkan kamu tidak.” (al-Baqarah:216)

Well. Very true. Since Allah tu Maha Mengetahui... beristikharahlah... InsyaAllah kita akan temui jawapannya.

Kadang-kadang manusia ni memang dah dikurniakan gerak hati yang cuba beritahu kita bahawa...... "sesuatu benda tu tak baik untuk kita". But still, gerak hati tu tak dapat nak bagi tahu kita dengan tepat bagi meyakinkan kita untuk lupakan benda tu. Melalui istikharah-without-fail, insyaAllah.. Allah akan tunjuk depan mata kita akan hakikat sesuatu perkara yang secara automatik *zazzzzZ!!!* akan buat kita macam tersedar daripada mimpi dan "eh, aku dah tak rasa suka dah dengan benda tu. Dan kita pun dah tak boleh nak ingat apa benda yang buat kita suka kat benda tu. Ha. Camtulah. Mistirius kan?".

Tapi takdelah misteri sangat kot. Oh. Semalam sempat borak dengan seorang kawan. She said, dia dah kenal dengan 13 orang lelaki before akhirnya memilih jejaka bertuah yang akhirnya bergelar suami. Aku cam OOOhh *melopong*. So fine... aku baru kenal 1/3 daripada jumlah tu.. masih banyak borang lagi.. LOL!

Eh. Tapi jangan salah faham plak. Kenal tu lain ya daripada bersentuh-sentuhan sebelum halal. Nak kenal tak perlulah pegang-pegang tangan. Itu dah lain macam. Perempuan millenium kena pandai jaga diri supaya ada nilai di sisi Tuhan. Kenal hati budi, bukan body. Itu yang penting. :)

Tak Suka Sangat

Hari ini handphone tertinggal.

Phone kat ofis pula tak boleh pakai sebab kabel rosak. Dah report since Monday but still no action taken. Oh perfect~

Jadi secara rasminya hari ini aku bebas daripada dunia gosip bersama-sama partner in crime.

Nak roger kawan pun terpaksa tumpang tempat orang. Loser~

Dan kini aku merasa amat hopeless dan serasa ingin drive balik ke Raub sekarang juga.

Tapi tunggu aku attend majlis 'happy' dulu. Ngeeee=p

Dasar sangat.. haha!

Wednesday, November 25, 2009

Lega Sangat-sangat

Thank God aku tak black out pagi tadi. Yeah!

Alhamdulillah.. berkat hidayah yang Tuhan beri pada jam 4.00 pagi tadi, berjaya juga aku buat skrip spontan. Kalau tak, rasanya aku dah buat sejarah tarik diri daripada pertandingan.. Ngeeee=p

Serius senak perut aku tahan gigil atas pentas. Sempat baca doa penenang before start pidato.

But yeah, Alhamdulillah.. maintain no. 2. Congrats to Zaiti (the newly wed)!! She got first place!! Kitorang memang dah pakat cop tempat pertama dan kedua demi... ngeh. ngeh. ngeh. Thank God WE did it!!!

Ok. Aku tahu aku keji. Bye.

Tuesday, November 24, 2009

Terus Rasa Vain

Sebelum


"Pieja, ko ingat kata-kata aku ni. Sesungguhnya, walau pun entri-entri ko boleh menimbulkan muntah, tapi ia ibarat dadah yang perlu diperolehi setiap hari. Sesungguhnya aku tak boleh hidup tanpa membaca blog ko. Jadi aku harap ko ambillah kata-kata aku ni sebagai pemangkin semangat untuk ko kembali membuka blog ko ya. Ko ingat tau Pieja. Ingat tau".



Selepas



"Yay! Dah buka pun blog. Idup I kembali bermakna gituh".







-anonymous-





ps: hahah. To you-know-who, terima kasihlah sebab bagi can aku vain selama seminggu. Wakakaa! Masalahnya, dadah ke? Followers pun 24 orang je *sedih* (ke sebab aku yang malas nak follow orang lain? Lainlah adik aku yang kasanova nih, entri tah hape-hape pun laju je orang komen.. Cesss *dengki mode*.



pss: Man, kamu patut letak nuffnang. Pastu paksa aweks-aweks kamu klik banyak kali iklan-iklan tu semua. Ada juga faedahnya.. heee=p.

Cuak Sangat-Sangat

Aku cuak menanti hari esok sehingga jatuh demam.

Tahap kualiti vokal juga adalah di tahap kena baling dengan batu.

Apakah nasibku pada esok hari?

Aku hanya mampu berdoa... *nangis*